Jatuh cinta
itu adalah hal yag wajar dan merupakan fitrah setiap manusia .Selama itu tidak
jatuh kedalam dosa/maksiat insyaallah itu bukan nafsu .Namun ,ketika kita
sering berinteraksi dengan sesama lawan jenis ,biasanya akan timbul rasa nyaman
dan inilah saat dimana setan mulai masuk untuk menggoda manusia untuk
terjerumus ke dalam hal yang tidak tidak dan biasanya disinilah mulai timbul
zina mata dan hati antar manusia itu . Baik langsung saja kita bahas Apa Itu
Zina Hati ???
Sabda Rasulullah...
“Zina mata
dengan melihat, kedua telinga zinanya mendengar, lidah zinanya bercakap, tangan
zinanya berpegangan, kaki zinanya melangkah dan hati zinanya dgn berhasrat,
membayangi,dan berharap. Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh kemaluan.” (HR
Bukhari).
Sebelum itu,
semua orang pasti sudah maklum dengan perkara berkaitan hati. Apabila disebut
hati, maka tak boleh lari dari ilmu ‘Tasawwuf’. Jadi, jelas ianya bukanlah
sesuatu yang boleh diterangkan oleh org2 sebarangan.
Berikut
adalah soalan2 famous yang telah menerjahku sejak zina hati semakin berleluasa
kebelakangan ini..
Kemusykilan
Pertama: “Apakah maksud detail zina hati?”
Al-jawab:
Jika dilihat di atas, zina hati diterjemahkan kepada 3 iaitu:
1. Berhasrat.
2. Berharap.
3. Membanyangi.
Jika dilihat
dari terjemahan melayu yang lainnya pula ada yang mengatakan merindui dan
mengingini. Walaubagaimanapun, huraiannya tidaklah menyimpang jauh ke mana.
Maaf, matan hadis dalam bahasa arab tidak dapat diletakkan atas beberapa
masalah.
Baiklah,
mari kita lihat dulu mengapa ia dinamakan zina hati. Berbalik kepada Al-Qur’an:
“janganlah kamu mendekati zina” (al-isra’:32)
Lalu, apa
yang dikatakan hadis tadi semuanya menjurus kepada zina dan semuanya adalah
dilarang dalam Islam bertepatan dengan ayat ini dalam kalimah “mendekati”. Dari
sini, kita dapat faham bahawa apa yg dikatakan sebagai zina hati itu ialah
“perasaan dalam hati yang mendorong ke arah penzinaan”. Harap maklum.
Kemusykilan
Kedua: “Adakah apabila kita minat seseorang, lalu hati kita asyik teringat padanya,
itu termasuk zina hati?”
Al-jawab:
Islam adalah agama yang menghormati fitrah manusia. Rasanya semua maklum. Namun
fitrah itu juga bukanlah sewenang2nya diikuti sehingga menimbulkan fitnah.
Dalam keadaan ini, perasaan minat pada manusia itu adalah fitrah. Lalu, adakah
itu termsuk fitrah yang dilarang atau yg dihalalkan?
Jawapannya,
perasaan minat kepada seseorang itu bukanlah termasuk zina hati. Ianya termasuk
dalam fitrah manusia yang mana amat dihormati oleh Islam dan halal jika tidak
secara berlebihan (contohnya x makan, x minum, samapi tinggal solat, termenung
x tentu pasal, dan lain2). Walaubagaimanapun, bagi mereka yang menjaga wara’nya
ataupun amat takut dengan taqwanya akan rosak, lalu eloklah dijauhkan. Ini
kerana, walaupun perasaan itu tidak haram ianya boleh merosakkan kesempurnaan
ibadah seseorang dan kesucian hati. Tetapi, sekali lagi diingatkan, ianya halal
selagi tidak memudharatkan diri.
Kemusykilan
Ketiga: “Abeh tu, apakah yang termasuk dalam zina hati?”
Al-jawab:
Perasaan minat juga boleh termasuk dalam zina hati. Aikk? camne lak tuh? tadi
cakap tak…
Ia boleh
jika kita minat padanya sehingga kita terbayang2 pada minda, ataupun kelopak
mata kita. Inilah yang ditafsirkan oleh hadis tadi sebagai membayangi.
Membayangkan seseorang yang kita minat pada otak akan membawa kepada benda yang
lebih melarat. Lebih2 lagi jika kita membayangi aurat si dia. Lalu, itu secara
jelasnya termasuk dalam zina hati. ianya adalah HARAM dan dilarang keras dalam
Islam.
(Rujukan:
Minhajul ‘Abidin karya Imam Ghazali dan Hikam ibnu ‘Atoillah)
KESIMPULAN
Sesuatu yang
kita wajar jaga semestinya kita perlu jaga. Begitu juga perkara2 yang dikatakan
halal dalam islam tapi boleh mendatangkan kepada haram. Sekiranya kita mampu
dan berdaya untuk menjauhkan daripadanya, jauhkanlah dan jagalah dirimu.
Seperti juga
kemusykilan kedua tadi. Perasaan minat tidak boleh dilawan kerana ianya akan
meletup dan memudharatkan diri serta orang lain. Tapi, sebaiknya DIKAWAL.
Contoh terbaik ialah bagaimana Imam Syafie’. Ketika dia mengadu kenapa pada
hari itu dia susah untuk mengingati hafalannya. Apabila disuruh mengingati
dosanya, lalu teringat dia tatkala dalam perjalanan, dia TERnampak betis
seorang wanita yng kainnya ditiup angin. Seperti kita maklum, pandangan pertama
itu bukanlah haram, tapi walaupun halal, tetapi ianya tetap mendatangkan kesan
kepada hatinya.
Namun, bagi
mereka yang sudahpun dilanda oleh perkara2 seperti ini dan tidak dapat lagi
menjauhkan diri, lalu disarankan janganlah terus sahaja melawan perasaan dengan
alasan tadi. Sesudngguhnya, apa halal itu tetap halal sekiranya kita dapat
KAWAL. Tiada salahnya memendam perasaa pada seseorang. Tetapi janganlah
sehingga berlaku kesan pada diri sendiri dan manusia skeliling yg tidak elok.
CARA MENGATASI ZINA HATI PIKIRAN DALAM ISLAM
|
1. Selagi dinamakan manusia,
kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan
bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu
berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit
menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun,
seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan
kerinduan ini.
2. Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.
3. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.” Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” – (Surah Yusuf, ayat 24)
4. Ikhlas kepada Allah. Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.
5. Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.
6. Mengurus mata dan pandangan. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”
7. Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.

Tapi, perasaan itu tidak salah.. Yang salahnya ialah
perbuatan yang lahir daripada perasaan itu..kita boleh saja memiliki rasa suka
terhadap lawan jenis , tetapi kita tidak boleh terlewat batas dan sampai
terjerumus ke hal yang jelas dilarang oleh Allah SWT . Maka dari itu kita harus
menjaga dan mempertebal keimanan kita.
Oke sekian saja mengenai zina mata semoga bermanfaat dan dapat memotivasi kalian
....:)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar